'BLOG' Rezeki Dihujung Jari anda

Kini masyarakat kita terlalu sibuk mencari sumber pendapatan. Bila ditanya, ramai yang mengatakan kos perbelanjaan lebih tinggi daripada pendapatan individu. Saya juga setuju dengan pendapat umum. keadaan di sekeliling kawasan pekan dan bandar di dapati amat agresif. kelihatan orang ramai terlibat dalam niaga kecil-kecilan, melalui internet, pemasaran produk dan orang perantaraan(Agen).tetapi apa yang merunsingkan bukan semua berjaya malah ada yang menanggung kerugian , mengalami masalah mental dan menganggur tiada kerja tetap.Kini perkara begini sudah biasa di kalangan orang kita.Saya juga pernah mengalami benda yang sama. Ini mendorong saya untuk memberi serba sedikit panduan mencari kerja dengan bijak. Daripada kajian saya, kerja tetap dan sambilan wajib untuk golongan muda dan yang berumah tangga. Bersyukur kerana peluang pekerjaan memang luas di Malaysia. Hanya di atas diri kita sendiri untuk memilih pekerjaan yang sesuai dan mempunyai masa depan yang cerah. saya ingin menekankan supaya orang ramai membuka minda melihat negara-negara yang berjaya. Pada pengetahuan saya 'Blog' adalah satu sumber pendapatan yang sesuai sebagai kerja sambilan. Ia tidak kira usia, tua atau muda sama sahaja cuma anda perlu ciri-ciri seperti:-
  •             PANDAI MENULIS
  •             PENGETAHUAN KOMPUTER
  •             MODAL
  •             BERANI MENCUBA
  •             BERWASPADA DENGAN PENIPUAN DI INTERNET  
Jadi di sini saya mensyorkan lawan web yang paling popular untuk memberi tunjuk ajar untuk anda. Oleh itu, luangkan masa anda untuk mengetahui cara-cara mencari wang di 'Blog' secara halal